Sunday, February 13, 2011

Aku mudah cair apabila...

Topik: Lelaki.

hehe, kira gatal ke kalau nak cakp pasal lelaki? errr lumrah lah aku kan perempuan :) even though diri dah ada tuan empunya (errr perlu ke mention?), tapi haruslah aku tergoda kan kalau ternampak satu dua jejaka yg ada ciri-ciri yg aku nak! haha. hati dah ikat habis habis ni, siap kunci mangga lagi sebab dalam tu dah jadi separuh lain separuh lain (half ASK,half MSR) but kalau aku dah ternampak jugak hmm tak boleh buat apa lah! cair kejap hehe. but kejap je lah lepas tu mengucap balik & ingat sikit aku ni sape :) cair tu pun sebab rasa macam 'tergugat' atas sebab sebab yg tertentu. banyak sebab actually yang boleh buat aku cairrrrrr tahap malapetaka ni, hehe. tiba-tiba terasa nak buat list pulak...

Lelaki Berbaju Melayu :)
Setiap jumaat, adalah wajib untuk aku dan Tasha mengusha semua jejaka yang berbaju melayu kat sekolah kitaorang hihi. memang terasa cairr habis lah, macam dorang ni nak pegi nikah pulak. lagi lagi kalau mereka2 ni lipat sikit lengan baju ke, or full sekali dgn songkok ke. aduh, memang hensem lelaki berbaju melayu:P sampaikan aku dgn Tasha berangan kalau malam pertama nanti suruh dorang pakai baju melayu je lah HAHA gila ke ape?

Picture : googled!

Lelaki Memberi Makan kpd Kucing di Bawah Meja Kedai Makan :)
Oh! baru ternampak insiden ni pagi tadi, balik jogging dgn mama & ayah. masa breakfast dekat Gerai Hijau ni, suddenly ternampak seorang mamat yang sedang breakfast date dgn GF dia menghulurkan ikan bilis (dia makan nasi lemak) kpd kucing kat bawah meja makan! dia tak sepak pun or halau kucing tu. so sweet right? :') and dia siap mintak ikan bilis drpd nasi lemak GF dia sbb nak bg kat kucing tu. and the bonus point is, mamat tu handsome habis. Oh cairnya!

Picture : Googled. Please change that dog to cat, thank you.

Lelaki yang Sayangkan Kanak-Kanak :)
Sungguh aku memang tak boleh tengok lelaki yang kusyuk melayan kanak-kanak. lagi lagi dia layan mcm tak kisah budak tu anak sape. asal nampak kanak-kanak mesti rasa nak acah2 dia or pegang dia or cium ke ape ke. Plus kalau lelaki dukung budak-budak atau pegang tangan budak-budak masa berjalan, harruslah lelaki tu jiwa penyayang kan? Perhh! cair i okay :D

Lelaki Suka Senyum:)
Senyum tu sedekah. tapi kenapa lelaki kadang kadang masam je? Haish fedup betul. Cuba kalau senyum, terpampang jelas lebih kacak drpd tak senyum. tak payah nak control macho or ape, just senyum dgn ikhlas je kat semua org. serius aku boleh cair :)

Lelaki Berambut Pacak :)
Tak tahu kenapa, lelaki berambut kacak nmpk seribu kali lebih kacak drpd lelaki berambut mcm Justin Bieber. haha. aku suka lelaki berambut pacak, nampak smart, tak mcm pondan or apa. but isu ni kira sensitif sikit sbb kadang kadang ade lelaki tak ok dgn rambut pacak. means tak sesuai la. ye ke ade?

Lelaki BerSneakers/BerConverse :)
Aku memang minat kasut converse kan haha, nak buat mcm mana dah nak suka. tapi aku lagi suka kalau lelaki yang pakai! and dia punya labuh seluar mesti lah cover dia punya kasut sikit. Perhh, memang terpikat. nampak smart and santai habis :) ada jugak lagi satu jenis kasut yg aku suka tgk lelaki pakai ni but aku lupa jenama dia apa. tapi yg pastinya, lelaki yg pakai kasut mcm converse plus labuh seluar cover sikit kasut mmg akan dapat perhatian aku :)

Lelaki Baru blk Keje Pakai Kemeja Lengan Panjang & Lipat Lengan:)
Hehe, ni memang pelik sikit kan? tapi sumpah bila aku tgk abang aku balik keje dgn seluar slack hitam pakai baju kemeja lengan panjang and dia lipat lengan smpai separuh, aku boleh cair! gila tak gila? tapi kejap je la hihi. seriously aku suka! nampak matang habis, dan aku memang suka org matang kan haha so tak heran lah kenapa aku boleh cair :p

ok, penat taip. tarik nafas jap...

Memang kalau jumpa lelaki mcm ni, aku boleh berhenti drpd berjalan, berhenti drpd makan, berhenti drpd minum, berhenti drpd berangan kejap and tengok sampai 30 saat dan akhirnya kembali ke dunia sebenar :)

Sape nak buat saya cair, silalah buat mcm kat atas ni haha tapi sorry,
I'm MSR's :)

No comments:

Post a Comment